Bukan Semua Orang Tengah Perhatikan Kau

 Hati manusia boleh dianggap sebagai tempat berkumpulnya segala emosi, perasaan dan sisi paling dalam seseorang. Bukan sekadar organ dalam badan, tapi lebih kepada “ruang” yang simpan rasa sayang, kecewa, marah, rindu, takut dan harapan. Tapi dalam banyak keadaan, ruang ini bukan selalu tenang, kadang dia jadi tempat paling bising dalam diri seseorang.

Manusia ni memang complicated. Nampak normal, nampak steady, nampak macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi dalam kepala dan hati, sebenarnya penuh dengan benda yang tak pernah orang lain tahu. Ada yang kelihatan kuat, tapi sebenarnya dah lama retak. Cuma dia masih belajar untuk nampak “ok” depan dunia.

Dan satu benda yang agak pelik tentang hati manusia ialah dia boleh cipta musuh yang tak wujud. Terkadang kita terlalu menyibuk dengan hal orang lain sampai benda yang langsung tak ada kaitan pun boleh jadi ancaman dalam kepala sendiri. Kita overthink sampai orang yang tak pernah pun peduli kita, tiba-tiba jadi “watak” dalam cerita yang kita cipta sendiri.

Di sinilah realiti paling penting yang selalu kita lupa bahawa bukan semua orang tengah perhatikan kau.

Adakah sebab kita terlalu takut untuk tak cukup “baik”? Atau sebenarnya kita sendiri yang hidup dalam bayang-bayang kesalahan lama, sampai rasa semua orang sedang menilai kita tanpa henti? Sedangkan realitinya, dunia tak seobses itu dengan kita.

Tapi hati yang lemah memang akan buat semua benda jadi personal. Bila self-esteem jatuh, kita mula rasa semua orang sedang bercakap tentang kita, sedang perhatikan kita, sedang judge kita. Padahal mungkin kita cuma seorang manusia biasa yang langsung tak berada dalam radar hidup orang lain pun.

Ironinya, kita jadi penonton kepada hidup orang lain, tapi dalam masa yang sama kita rasa seluruh dunia sedang menonton kita. Sedangkan hakikatnya, setiap orang pun terlalu sibuk dengan perang dalam kepala masing-masing sampai tak sempat pun nak jadikan hidup kau sebagai “headline”.

Sebab itu hati manusia bukan sekadar tempat emosi  tapi juga tempat ilusi dibina. Dan kadang-kadang, yang paling menakutkan bukan apa yang orang fikir tentang kita, tapi apa yang kita percaya tentang diri sendiri dalam diam.

Dan bila semua itu mula perlahan-lahan jelas… kau akan sedar satu perkara yang paling menenangkan tapi juga paling menyakitkan, ingatlah bahawa,


"Bukan semua orang tengah perhatikan kau  dan mungkin dari dulu pun, tak pernah"



Ikhlas Dari Hati,
SN

Comments

Popular Posts