23 Oktober : Satu Lagi Tahun, Satu Lagi Cerita.
23 Oktober 2026. Alhamdulillah, bertambah lagi satu angka dalam perjalanan hidup. Tahun ini, genaplah usia aku 33 tahun. Kadang-kadang bila fikir tentang usia, terasa macam baru semalam kita berada di zaman 20-an. Zaman yang penuh dengan angan-angan, impian dan bermacam-macam perancangan tentang bagaimana kehidupan kita sepatutnya berjalan. Tetapi sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas. Tahu-tahu, sudah pun sampai ke usia 33 tahun. Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang aku belajar tentang kehidupan. Aku mula sedar bahawa tidak semua perkara perlu dikejar dalam satu masa. Ada perkara yang memerlukan usaha, ada yang memerlukan kesabaran dan ada juga yang hanya mampu kita serahkan kepada aturan Allah. Kalau ditanya tentang impian, sudah tentu masih banyak yang ingin aku capai. Terutamanya dalam soal kerjaya. Aku masih mahu berkembang, menambah ilmu dan belajar lebih banyak perkara. Aku mahu terus meningkatkan kemampuan diri, mencuba sesuatu yang baharu dan memahami...

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.png)