Salam Aidiladha 1444h
Salam Aidiladha buat semua umat Islam seluruh dunia.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meraikan sambutan hari raya Qurban. Tak seperti tahun-tahun lepas kira-kira di tahun 2016 - 2018 macam tu, aku diberi kesempatan untuk bersama team Qurban membantu menguruskan urusan kemasukan Qurban. Tiga tahun tu juga tak merasa yaa raya Qurban .. Seronok sangat waktu tuu, walaupun tak dapat pulang beraya bersama keluarga, tapi dengan adanya teammate waktu tuu, kerja pun jadi seronok. Paling strugle bila seminggu sebelum raya, semua style balik lambat demi menguruskan kemasukan Qurban.
Namun, semua itu hanyalah kenangan dan pengalaman. Terima kasih atas pengalaman, yang dari awalnya satu pun aku tak tahu, sebenarnya dia bukanlah tak tahu, cuma kau tak pernah nak ambil tahu pun apa itu raya Qurban. Yang aku tahu waktu tu, bangun pagi pergi tengok lembu kena sembelih lepas tuu makan then tido . hahahhha . Ya Allah, bila difikirkan balik. Jahil yaa waktu tu .. hahaha . Kita ni manusia kan, biasalah . Waktu bekerja itu juga aku belajar segalanya, segala hukum hakam . Alhamdulillah bertambah ilmu waktu tu. Pengalaman yang mahal penuh pahit manis perjuangan.
Tahun ni, yeahh raya bersama suami. Seperti biasaa sahaja .. mungkin sebab dari dulu aku memang tak meraikan sangat raya haji ni sampaikan aku rasa raya haji tu biasa jaa , tak cuti pun takpe .. Alhamdulillah raya haji tahun ni dapat lejutan daripada adik perempuan aku, syukur . Jenuhlaa tanya kitorang semua nak duit raya takk ,, sekali kena settlekan puzzle pulak. Yeahh puzzle tuu menyentuh hati aku sebagai wanita. Huwainaa bakal adik. Alhamdulillah rezeki mereka . Tahniah Angah n Haziq . Aku tumpang bahagia di hari raya ini .


Comments
Post a Comment