Tak Semua Luka Perlu Diceritakan

Bila makin dewasa, aku mula faham satu benda.

Tak semua benda yang sakit tu perlu kita cerita.

Dulu, kalau kecewa sikit pun rasa macam nak luah dekat semua orang. Nak orang faham. Nak orang tahu kita tak okay. Rasa macam bila orang dengar, hati jadi ringan.

Tapi sekarang… aku belajar tapis.

Bukan sebab aku tak percaya orang. Cuma aku sedar, tak semua orang yang tanya “kau okay?” tu betul-betul nak dengar jawapan sebenar.

Kadang orang tanya sebab nak tahu.
Kadang sebab nak bandingkan.
Kadang sebab sekadar basa-basi.

Dan aku dah penat cerita pada orang yang cuma dengar, tapi tak faham.

Ada luka yang lebih baik kita simpan. Bukan untuk dipendam sampai jadi racun. Tapi untuk kita urus sendiri, perlahan-lahan. Macam kemas bilik yang bersepah , satu sudut hari ini, satu sudut esok.

Tak semua perubahan kita orang akan faham.

Bila kita jadi lebih diam, orang kata kita sombong.
Bila kita jadi lebih berhati-hati, orang kata kita overthinking.
Bila kita tak lagi beri peluang kedua, orang kata kita dah berubah.

Ya. Memang berubah pun.

Sebab luka ajar kita banyak benda.

Ajar kita beza siapa yang hadir sebab sayang, dan siapa yang hadir sebab sunyi.
Ajar kita bahawa tak semua orang layak tahu cerita penuh hidup kita.
Ajar kita bahawa menjaga hati sendiri bukan selfish. itu perlu.

Sekarang kalau aku tak cerita, bukan sebab tak sakit.
Tapi sebab aku tahu, tak semua luka perlukan penonton.

Ada yang cukup aku tahu.
Dan Tuhan tahu.

Dan untuk aku, itu dah lebih daripada cukup.

 

Comments

Popular Posts