Apa Pengorbanan kita tahun ni?

 Hari Raya Qurban bukan sekadar tentang penyembelihan haiwan atau ibadah tahunan yang diraikan setiap Zulhijjah. Di sebalik semua itu, ada satu perkara yang lebih besar iaitu tentang hati manusia dan apa yang sanggup kita lepaskan demi sesuatu yang lebih baik.

Setiap orang sedang berkorban dalam cara yang berbeza.

Ada yang berkorban masa demi keluarga.
Ada yang berkorban tenaga demi mencari rezeki halal.
Ada yang berkorban perasaan, walau hati sendiri penat dan terluka.
Dan ada juga yang sedang belajar melepaskan sesuatu yang mereka terlalu sayang.

Kadang-kadang, pengorbanan paling besar bukan yang orang nampak. Tapi yang kita simpan diam-diam dalam diri sendiri.

Hari Raya Qurban mengajar kita tentang keikhlasan. Tentang reda. Tentang percaya bahawa tidak semua yang kita sayang itu perlu kita miliki selamanya. Seperti kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS di mana ia bukan sekadar cerita ketaatan, tetapi tentang sejauh mana manusia sanggup meletakkan Tuhan di atas segalanya.

Tahun ini, cuba tanya diri sendiri:

Apa yang sedang kita korbankan?
Ego?
Masa?
Keinginan sendiri?
Atau mungkin rasa sakit yang sudah lama kita pendam?

Kadang hidup memerlukan kita untuk melepaskan supaya kita boleh terus berjalan.

Dan mungkin… pengorbanan terbesar tahun ini ialah memilih untuk tetap kuat walaupun hidup tidak berjalan seperti yang kita harapkan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga setiap pengorbanan yang lahir dari hati yang ikhlas akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik, pada waktu yang paling tepat.


Ikhlas Dari Hati,
SN

Comments

Popular Posts