Bila Diri Rasa Kosong

 (coretan dari aku untuk kau yang rasa sama)


Hari ni aku bangun. Mata terbuka. Tapi aku rasa... apa namanya.

Kosong.

Bukan sedih sangat. Bukan marah. Cuma macam blank. Macam TV ada skrin biru. Macam kereta ada minyak tapi enggan start.

Aku tengok siling lama-lama. Lepas tu aku capai phone. Scroll TikTok. Skip. Skip. Skip. Semua rasa... meh.

Lepas tu aku rasa lagi kosong.

"Apa jadi dengan aku ni?"

Tapi lepas beberapa kali melalui fasa ni, aku belajar sesuatu. Bila diri rasa kosong, kita tak perlu paksa jadi hero. Kita cuma perlu recharge.

Bukan charge pakai phone. Tapi charge hati, fikiran, jiwa.


Saat ini aku berhenti seketika. Dulu, bila rasa kosong, aku paksa juga buat kerja. Aku paksa buat benda yang aku rasa malas nak buat waktu tu. Aku paksa balas mesej orang.

Hasilnya? Aku makin kosong. Lebih teruk.

Sekarang, aku bagi diri ini keizinan untuk,

"Hari ni aku slow je. Biar la basuh pinggan lambat sikit. Biar la TV tak tutup lagi. Dunia takkan runtuh kalau aku rehat 10 minit."

Aku duduk. Diam. Kadang aku pandang luar tingkap. Kadang aku pejam mata.

Takde phone. Takde bunyi. Cuma aku dan rasa kosong tu.

Pelik kan? Bila kita berhenti lawan rasa kosong, dia makin ringan sikit.


Cuba buat benda yang kau rasa hidup. Kadang ianya bukan benda besar. Tak perlu keluar duit atau buat yang dramatikk.

Aku cuba:

  • Bancuh kopi, pegang cawan panas tu, dan minum perlahan-lahan 

  • Basuh muka dengan air sejuk. Pegang muka sendiri. Cakap kat cermin: "Kau okey tak?"

  • Picit bantal. Atau peluk selimut. Benda pelik tapi entah, menenangkan.

Kadang aku dengar satu lagu  tapi aku dengar betul-betul. Aku hayati lirik. Aku biarkan lagu tu peluk aku.

Benda kecik ni macam... jumpstart untuk bateri yang mati.


Then, aku reach out kawan-kawan. Aku ada satu kawan. Aku tak cerita panjang pasal rasa kosong ni. Aku cuma video call,

"Weh, buat apa tu?" then, bla bla bla tanpa kau sedar, sejam lebih perbualan kita.

Kadang borak kita buka semua topik, pasal makanan, pasal drama, pasal gossip orang. Semua itu sesuatu yang boleh tarik aku balik.

Sebab rasa kosong suka menyendiri. Bila kita borak dengan orang, walaupun pasal benda remeh, dia akan pergi sikit demi sikit.


Ni paling penting.

Aku pernah marah diri. Aku cakap: "Weh, kau ni lemah la. Kecil je rasa kosong dah terbaring."

Tapi lepas tu aku sedar bahawa marah diri buat keadaan makin teruk.

Sekarang, kalau rasa kosong datang, aku cuma cakap kat diri:

"Tak apa. Kau cuma penat. Tak perlu jadi kuat hari ni. Esok lain cerita."

Rasa kosong tu bukan tanda kita rosak.

Rasa kosong tu tanda kita perlukan rehat yang sebenar.


Dari aku untuk kau

Kadang kita lupa bahawa kita manusia, bukan robot.

Bateri handphone pun kena cas. Laptop pun kena stop sekejap kalau hang. Kenapa kita nak paksa diri jalan macam biasa bila hati rasa kosong?

Jadi, kalau kau baca ni dan kau rasa sama macam aku... 'You are not alone'

Rehatlah. Slow slow. Makan benda hangat. Borak dengan orang yang kau percaya.

Rasa kosong tu akan pergi. Perlahan-lahan. Macam air surut.

Dan bila dia pergi, kau akan rasa – "Ah, lega. Aku dah siap charge."



Ikhlas Dari Hati,
SN

Comments

Popular Posts