Dewasa Ini
Dewasa ini
kita belajar diam,
bukan sebab tiada suara,
tapi kerana tahu
tak semua perlu dijawab.
Kita mula faham,
bahawa tidak semua yang hilang itu rugi,
dan tidak semua yang tinggal itu setia.
Dewasa ini
hati makin pandai menyimpan,
air mata jatuh tanpa saksi,
senyum pula jadi pelindung diri.
Dulu kita kejar dunia,
sekarang kita pilih tenang,
walau terpaksa melepaskan
apa yang pernah kita sayang.
Dewasa ini,
kita tidak lagi meminta difahami
cukup sekadar tidak disakiti.
Ikhlas Dari Hati,
SN
Comments
Post a Comment