Kawan Itu Pelik, Kan?
Bila makin dewasa, aku mula sedar satu benda iaituhubungan persahabatan sebenarnya lebih kompleks daripada yang kita sangka. Dulu masa sekolah, kita ingat kawan itu benda yang akan kekal selamanya. Kita siap pernah cakap, “Nanti besar jangan lupa aku.” Kononnya persahabatan tu akan jalan sampai tua.
Tapi hidup ni bukan drama pukul 7.
Realitinya, ramai yang pernah rapat dengan kita akhirnya jadi asing. Bukan sebab gaduh besar pun. Kadang cuma sebab masa. Kadang sebab komitmen. Kadang sebab masing-masing dah penat dengan hidup sendiri sampai tak sempat nak jaga hubungan yang dulu pernah jadi tempat bergantung.
Aku rasa ramai boleh relate dengan fasa ni terutama bila kita scroll contact phone, tengok nama orang yang dulu setiap hari call, setiap malam bergelak, tapi sekarang nak reply WhatsApp pun ambil masa seminggu. Dan yang paling sedih, kita dah tak tahu nak mulakan perbualan macam mana.
“Eh lama tak borak.”
Lepas tu senyap balik.
Persahabatan masa muda selalunya dibina atas masa yang banyak. Sebab tu semuanya terasa mudah. Jumpa hari-hari. Cerita benda random pun boleh gelak sampai sakit perut. Kita ingat chemistry tu akan kekal selamanya. Tapi bila masuk alam dewasa, kita mula faham bahawa bukan semua orang mampu berjalan seiring bila kehidupan masing-masing dah berubah.
Ada yang kahwin awal.
Ada yang pindah negeri.
Ada yang struggle cari kerja.
Ada yang tengah lawan anxiety diam-diam.
Ada yang nampak okay dekat media sosial, padahal sebenarnya tengah hancur.
Dan dekat situ kita mula belajar… bukan semua orang menjauh sebab dia dah tak sayang kita. Kadang dia cuma tengah cuba selamatkan diri sendiri.
Aku pernah tertanya juga, kenapa bila makin dewasa, makin susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas? Dulu rasa senang je klik dengan orang. Sekarang nak percaya orang pun fikir banyak kali.
Mungkin sebab kita dah terlalu banyak tengok perangai manusia.
Ada kawan yang datang waktu kita ada manfaat. Ada yang suka jadikan kita tempat buang bosan. Ada yang depan baik, belakang cerita hal kita dekat orang lain. Dan paling sakit, bila orang yang kita anggap “safe place” rupanya orang yang paling banyak melukakan.
Sejak tu aku faham, berkawan ni bukan tentang kuantiti dah. Bukan siapa paling ramai geng. Bukan siapa paling happening setiap hujung minggu. Tapi siapa yang masih ada waktu kita jatuh teruk dan tak ada apa-apa untuk ditawarkan.
Sebab hakikatnya, waktu kita senang semua orang boleh duduk semeja.
Tapi waktu kita down?
Waktu kita hilang kerja, hilang semangat, hilang arah hidup?
Dekat situlah kita nampak siapa betul-betul ikhlas nak stay.
Aku rasa antara perkara paling menyedihkan dalam persahabatan ialah bila kita terpaksa menerima hakikat yang sesetengah hubungan memang dah tamat walaupun tak pernah ada “goodbye”. Tak gaduh. Tak bermusuh. Cuma perlahan-lahan hilang.
Dan lagi sakit bila kita seorang je yang masih cuba menjaga hubungan tu.
Penat sebenarnya jadi orang yang selalu reach out dulu. Selalu tanya khabar dulu. Selalu cuba hidupkan conversation. Sampai satu tahap, kita mula diam bukan sebab ego… tapi sebab nak tengok, kalau kita berhenti mencari, ada tak orang akan cari kita balik?
Kadang jawapan dia mengecewakan.
Tapi mungkin itu juga sebahagian daripada proses membesar. Kita mula belajar bahawa tak semua orang yang hadir dalam hidup kita ditakdirkan untuk tinggal lama. Ada yang hadir untuk ajar kita tentang setia. Ada yang hadir untuk ajar kita tentang kecewa.
Dan lucunya, kadang orang yang kita baru kenal beberapa tahun lebih memahami kita daripada orang yang dah kenal kita separuh hidup.
Sebab connection manusia ni pelik. Ia bukan diukur pada tempoh tapi pada rasa selamat yang seseorang itu beri.
Aku percaya, semua orang sebenarnya perlukan sekurang-kurangnya seorang kawan yang boleh jadi “rumah”. Tempat kita boleh muncul dalam versi paling serabut tanpa takut dihakimi. Tempat kita tak perlu berpura-pura kuat. Sebab penat jadi manusia yang sentiasa nampak okay ni real.
Kita semua ada hari yang kita rasa nak hilang sekejap daripada dunia. Dan dalam hari-hari macam tu, kehadiran seorang kawan yang betul-betul memahami boleh jadi penyelamat tanpa dia sedar.
Sebab tu aku makin menghargai orang yang masih memilih untuk stay walaupun dah nampak buruk baik kita. Orang yang masih cuba faham walaupun kita susah dijangka. Orang yang tak hanya muncul waktu kita happy.
Persahabatan yang matang sebenarnya bukan lagi tentang selalu bersama. Tapi tentang saling faham bahawa hidup masing-masing sedang berperang dengan cara sendiri.
Dan kalau kau masih ada seorang dua kawan yang boleh kau call bila hidup terasa berat — jaga mereka baik-baik.
Sebab dalam dunia yang makin penuh kepura-puraan ni, menemukan manusia yang ikhlas hadir tanpa syarat… itu dah cukup rare.
Ikhlas Dari Hati,
SN
- Get link
- X
- Other Apps


Comments
Post a Comment