Tentang Nostalgia
Perasaan nostalgia bila tengok gambar lama sebenarnya gabungan rasa rindu, bahagia, dan sedikit sedih. Otak kita “hidupkan semula” kenangan lama, tempat, orang dan suasana seolah-olah kita kembali ke waktu itu. Sebab tu rasa dia kuat.
Menariknya, kita manusia lebih cenderung ingat yang indah-indah saja, jadi masa lalu nampak lebih cantik daripada realiti sebenar. Dalam masa sama, ada rasa sayu sebab kita tahu momen tu dah berlalu.Pendek kata: nostalgia itu rindu pada masa yang tak boleh diulang.
Aku menatap sekeping gambar lama
yang tepinya mula pudar dimamah waktu,
seperti kenangan yang perlahan-lahan menjadi bisu
namun degupnya masih setia di dada
dan tiba-tiba waktu jadi rapuh
jatuh satu per satu ke dalam ingatan
ada tawa yang masih kedengaran
walau orangnya sudah jauh
ada cahaya yang masih hangat
walau harinya telah redup
aku rindu,
bukan sekadar pada mereka
tapi pada aku
yang pernah wujud dalam detik itu
dan dalam diam, aku faham
yang hilang bukan kenangan,
tapi peluang untuk mengulangnya kembali
lalu aku simpan rasa ini baik-baik,
sebagai bukti
bahawa pernah ada waktu
yang begitu bermakna dalam hidupku.
SN

Comments
Post a Comment