Yang Kita Panggil Hidup
Hidup ini tidak pernah benar-benar memberi pilihan,
ia hanya memaksa
dan kita, diam-diam belajar untuk tidak melawan
ada hari kita berdiri
dengan senyuman yang dipinjam,
dan ada malam kita runtuh
tanpa saksi, tanpa suara
dunia tidak pernah berhenti
untuk luka yang kita simpan
ia terus berjalan,
meninggalkan kita
yang masih terperangkap di dalamnya
kita ketawa,
bukan kerana bahagia
tapi kerana itu satu-satunya cara
untuk menipu diri sendiri
bahawa kita masih kuat
kita kehilangan
lebih banyak daripada yang mampu disebut
dan setiap kehilangan itu
mengikis sedikit demi sedikit
apa yang pernah kita panggil “diri”
namun anehnya,
dalam gelap yang semakin menelan,
kita masih bertahan
bukan kerana ingin,
tetapi kerana belum mampu berhenti
mungkin itu yang orang maksudkan
bila mereka kata “hidup”
sebuah perjalanan yang sunyi,
di mana hati perlahan-lahan mati,
namun tubuh dipaksa
untuk terus hidup.
Ikhlas Dari Hati,
SN


Comments
Post a Comment