Aku Okey
Semakin kita dewasa, semakin kita faham…
tidak semua luka datang daripada orang yang kita benci. Kadang, yang paling sakit itu datang daripada orang yang kita pernah percaya.
Ada kecewa yang kita diamkan. Ada air mata yang kita simpan sendiri. Bukan sebab kita terlalu kuat, tapi sebab kita sudah penat menjelaskan apa yang kita rasa.
Dan pada akhirnya, kita belajar tentang memaafkan.
Bukan kerana semuanya sudah hilang sakitnya. Bukan juga kerana kita lupa apa yang pernah terjadi. Tetapi kerana hati ini tidak mampu lagi membawa beban yang sama setiap hari.
Memaafkan itu perlahan-lahan. Ada hari kita rasa reda, ada hari luka itu datang semula tanpa dipinta. Tapi tidak mengapa… kerana sembuh juga perlukan waktu.
Hari Jumaat ini, semoga Allah lembutkan hati kita untuk melepaskan segala yang terlalu berat. Semoga segala kecewa yang pernah singgah diganti dengan ketenangan. Dan semoga kita tidak lagi terlalu keras pada diri sendiri hanya kerana pernah disakiti.
Kadang kemenangan terbesar bukan apabila orang lain meminta maaf…
tetapi apabila hati kita akhirnya mampu berkata,
‘aku dah okey.'
Ikhlas Dari Hati.
SN
.jpg)

Comments
Post a Comment