Rezeki dari Allah - A season I was never ready for, but will always be grateful for




“What if the job you were never ready for… ends up becoming the place that shapes you the most?”

Korang pernah tak, masuk satu bidang yang langsung bukan bidang kita…
zero experience, zero confidence, zero idea what to do next.

Tapi rezeki tetap tarik kita masuk.

Alhamdulillah, I’m one of them.

Marketing & sales. Dulu bunyinya pun dah cukup buat aku rasa, “aku ni boleh ke?”

Tak tahu nak handle customer, tak tahu nak close sales, tak tahu macam mana nak bercakap dengan orang yang macam-macam ragam.

Bila masuk dunia tu… honestly, aku takut.

“Boleh ke aku survive?”

Tapi rupanya, rezeki bukan selalu datang dalam bentuk “kita dah ready”.

Kadang-kadang, ia datang sebagai peluang untuk kita become ready.

Dan dari situ… semuanya bermula.

Hari demi hari, aku belajar.

Belajar bukan sekadar kerja, tapi belajar tentang manusia.
Cara bercakap. Cara bertahan. Cara bernafas dalam tekanan.
Cara jatuh, dan still bangun balik tanpa hilang diri sendiri.

Dan yang paling aku bersyukur…

aku tak lalui semua tu seorang diri.

Aku dipertemukan dengan team yang bukan sekadar colleagues, tapi orang-orang yang betul-betul teach me life in silence and chaos.

Dan paling bermakna, aku ada seorang leader / boss yang sangat supportive.
Tak pernah judge bila kita tak tahu.
Tak pernah kecilkan silap kita.
Tapi selalu tunjuk jalan supaya kita boleh grow.

Yes, Tuan Azri Bin Jemani.

A figure I’ll always respect.

Dan dalam perjalanan tu juga, aku sangat bersyukur sebab ada Asfa Hafidz, bukan sekadar partner kerja, tapi juga macam “cikgu kedua” aku dalam dunia ni.

Seseorang yang banyak guide, banyak tunjuk cara, dan banyak bantu aku faham realiti kerja sebenar bila berdepan dengan orang yang bermacam kerenah.

Dua orang yang mungkin datang dengan peranan berbeza…
tapi sama-sama jadi sebahagian besar dalam proses aku membesar dalam dunia marketing & sales.

Bukan sebab mereka buat kerja tu senang.
Tapi sebab mereka buat aku percaya yang aku mampu belajar.

Some people don’t just teach you tasks.
They teach you how to think, how to stand, and how to grow.

Dan untuk aku…
Tuan Azri Bin Jemani dan Asfa Hafidz adalah antara nama yang akan sentiasa melekat dalam fasa permulaan itu.

Ada yang ajar secara direct.
Ada yang tegur dengan cara yang buat kita sedar sendiri.
Ada yang lead by example. tanpa banyak cakap, tapi semua jadi.

Dan perlahan-lahan… aku belajar bahawa bukan job title yang paling penting.

Tapi manusia yang kita jumpa dalam perjalanan itu.

Yang sama-sama struggle nak capai target.
Yang sama-sama outstation, sama-sama penat di jalan.
Yang stay back walaupun badan dah letih.
Yang gelak dalam stress sampai lupa sekejap semua beban kerja.
Dan yang tetap percaya pada kita, walaupun kita sendiri masih ragu.

Hari ini, masing-masing ada yang dah bawa arah hidup sendiri.
Ada yang masih kekal, ada juga team yang bersilih ganti 
yelah, kadang kita tak jangka di mana rezeki kita seterusnya.

Group chat mungkin dah tak semeriah dulu.
Nama pun makin jarang muncul di skrin.

Tapi bila aku toleh balik…
aku tahu satu benda.

Aku pernah berada dalam satu fasa yang membentuk siapa aku hari ini.

Dan itu cukup.

Terima kasih, ex-team marketing.
Maaf kalau ada yang tak disebut dalam tulisan ini, tapi percayalah, kalian semua tetap antara yang terpenting dalam perjalanan ini.
Niat di hati nak share gambar mereka yang sentiasa ada dalam perjalanan ini, tapi kenangan bersama mereka takkan pernah cukup untuk aku share kat sini. 

You guys were not just part of my work life.
You were part of my becoming.

"Sometimes, rezeki doesn’t come to change your job… it comes to change you."



Ikhlas Dari Hati,
NSN

Comments

Popular Posts