Bila Kita Jadi Fan, Apa Sebenarnya Yang Kita Cari?


Mesti kat sini ada yang suka tengok content-content karya Alief Irfan & team kan?

Yaa… akulah salah seorang daripadanya. 🤍 

Daripada zaman OG sampailah sekarang.

Kadang-kadang orang tanya,

"Kenapa suka sangat tengok diaorang? Bukannya kenal pun."

Betul…

Kita mungkin tak pernah duduk semeja dengan mereka. Tak pernah borak panjang. Kita pun tak tahu sepenuhnya bagaimana kehidupan sebenar mereka di luar kamera.

Tapi kadang-kadang, seseorang boleh hadir dalam hidup kita dengan cara yang sangat sederhana.

Melalui video yang buat kita gelak masa kita penat.

Melalui content yang buat kita lupa sekejap tentang masalah yang ada.

Melalui perjalanan mereka yang buat kita rasa kagum dan terinspirasi.

Bagi aku, itulah yang menarik tentang AI Team.

Bukan sekadar content yang menghiburkan, tapi perjalanan mereka, cara mereka membina sesuatu bersama-sama, dan bagaimana setiap individu mempunyai karakter tersendiri yang membuatkan peminat terus mengikuti mereka.

Contohnya partnership Aisyam. Ramai yang suka melihat chemistry dan cara mereka berinteraksi. Bukan hanya kerana mereka muncul bersama dalam content, tapi kerana mereka berjaya memberikan satu vibe yang membuatkan penonton rasa seronok untuk terus menyokong.

(Hello, I'm one of Aisyam Clan tau 🤭)

Tentang Aisyam, nanti kita hurai why aku minat sangat dengan dorang, yang nii kita cerita next context ya.

Menjadi seorang fan bukan bermaksud kita terlalu taksub.

Kadang-kadang kita cuma menghargai usaha seseorang.

Kita suka melihat perjalanan mereka, cara mereka berkembang, cara mereka mencipta sesuatu yang akhirnya boleh membuatkan orang lain tersenyum.

Yang paling menarik tentang seorang fan ialah…

Kita bukan hanya menyokong seorang individu, atau mana-mana partnership dengan siapa mereka bergabung tetapi kita turut menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.

Mungkin bagi mereka, kita cuma satu nama dalam ribuan komen.

Tapi bagi kita, mereka mungkin salah satu sebab kecil yang membuatkan hari kita menjadi lebih ceria.

Jadi jangan pelik kalau seseorang excited nak jumpa budak-budak AI Team ni,

Sebab kadang-kadang satu gambar, satu sapaan, atau satu moment kecil boleh menjadi kenangan yang kita simpan lama.

Untuk semua fans AI Team di luar sana…

Teruskan menyokong dengan cara yang baik. 

Sokong dengan ikhlas, hormati batas, dan hargai usaha mereka.

Sebab di sebalik setiap content yang kita tunggu, ada seseorang yang juga berusaha untuk membuatkan kita tersenyum.


Ikhlas Dari Hati,
NSN

Comments

Popular Posts